Thursday, February 6, 2014

LANGKAWI TRIP (08/11/13 - 10/11/13) -LAST DAY - THE END

Kami selesai check out pada pukul 2ptg, perut rasa berkeroncong pula.. Kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di Harum Aroma Cafe yg terletak di hadapan Underwater World.


 

    

Makanan di sini agak sedap tapi harganya agak mahal. Charge yang dikenakan untuk 4 org makan seperti di bawah.


Perut pun dah kenyang dan memandangkan hari ini hari terakhir kami di sini, kami hendak membeli minyak gamat untuk dibawa pula. Pilihan kami semestinya Nusantara Gamat. Tak sah pergi Langkawi kalo tak singgah kat sini. Macam -macam produk berasaskan gamat ada dijual di sini.






                                      

Inilah destinasi terakhir kami sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Langkawi untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sungguh seronok melawat Langkawi, kami pasti akan datang lagik.




Selamat Jalan Langkawi..THE END .....

LANGKAWI TRIP (08/11/13 - 10/11/13) -LAST DAY - PART 2


Sedikit sejarah Telaga Air Hangat 


Telaga Air Hangat terletak di Perkampungan Air Hangat sejauh 16 km dari Pekan Kuah. Perkampungan Air Hangat ini meliputi kawasan seluas empat ekar. Antara tarikan di sini ialah pancutan air panas, kolam air panas, ukiran mural 18 m panjang,  dan  kraftangan tradisi. Tiada bayaran dikenakan untuk melawat tempat ini.

Pintu masuk ke Telaga Ayer Hangat
      
credit to ajamazlan.blogspot.com

credit to ajamazlan.blogspot.com
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti merendam kaki di kolam yang disediakan. Airnya agak panas.
Jom rendam kaki
 




Beginilah pemandangan di sekitar Telaga Ayer Hangat ini.





Terdapat kemudahan tandas dan juga tempat persalinan disediakan. Sekiranya anda bersama keluarga, bolehlah menempah tempat mandi tertutup yang disediakan.


Semasa kami singgah di sini, spa ini masih ditutup.




Sebelum kembali ke tempat penginapan kami untuk check out, kami sempat singgah di Kompleks Kraf Langkawi yang berdekatan. 


Sedikit latar belakang Kompleks Kraf Langkawi 

Kompleks Kraf Langkawi ialah One Stop Craft  Centre yang telah ditubuhkan di Langkawi pada tahun 1996 untuk  memudahkan para pelawat membeli kraf Malaysia.

Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi  usahawan-usahawan  menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada  pengunjung dari  dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi.  Kompleks ini  terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24  km dari  Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk  utama ke  Pulau Langkawi.

CARA UNTUK KE KOMPLEKS KRAF LANGKAWI

Kompleks Kraf Langkawi terletak diTeluk Yu, Mukim  Bohor, Langkawi. Dari tapak ketibaan, samaada di Kuah iaitu sejauh 21  km, atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejauh 24 km dari kompleks, anda boleh menyewa kereta atau teksi sambil menyelusuri  perjalanan melalui kawasan perkampungan yang indah dan mendamaikan  menuju ke destinasi.

                           




    

   

KOMPLEKS KRAF LANGKAWI
Teluk Yu, Mukim Bohor,
07000, Pulau Langkawi, Kedah Darulaman,
Malaysia.
  Tel  :  +604-959 1917 / 1844
Faks :  +604-959 2340
Email : kklangkawi@gmail.com

 Masa Urusan / Operation Hours
Dibuka Setiap Hari / Open Daily

10.00 am - 6.00 pm


Kami juga singgah di Faizy Crystal Glass Blowing studio yang terletak di belakang Kompleks Kraf Langkawi ini. Sekiranya anda suka  pada  barangan kaca buatan tangan yang indah, ini adalah tempat untuk pergi di Langkawi. Di Faizy Crystal Glass Blowing Studio, tukang peniup kaca mewujudkan pelbagai barangan kristal yang sangat menakjubkan . Walaupun seni meniuo kaca meningkat pada tahun 1990-an di Malaysia, studio ini di Langkawi telah ditubuhkan pada tahun 2002. Masuk adalah percuma dan ia dibuka dari 9.00 pagi sehingga 5pm. Studio ditutup pada hari Jumaat dan hari kelepasan am. Lunch break di antara 1ptg hingga 2 ptg. Anda boleh menaiki kereta dari Kompleks Kraf ke sini kerana jarak yang agak jauh.


 
    

Beginilah proses meniup kaca yang sempat kami lihat dan anda boleh menghulurkan sumbangan ikhlas di dalam balang kaca yang disediakan seperti di bawah.







 
Selepas melihat demonstrasi meniup kaca, kami masuk bergerak ke ruang kedai untuk melihat kristal yang telah siap dibentuk.





 Akhir sekali, kami singgah di Pantai Pasir Hitam sebelum bergerak ke hotel penginapan kami.


credit to ajamazlan.blogspot.com

credit to ajamazlan.blogspot.com

Bersambung lagi...




Wednesday, December 11, 2013

LANGKAWI TRIP (08/11/13 - 10/11/13) -LAST DAY - PART 1

HARI TERAKHIR -PART 1

Hari ini hari terakhir kami di Pulau Langkawi ini. Rasanya sungguh cepat masa berlalu. Kami bangun awal dan bersiar-siar di pantai Cenang sambil menikmati udara pagi yang sungguh nyaman sekali.

Selesai menyiapkan diri, kami menuju restoran Bella untuk sarapan pagi. Kemudian, kami berangkat ke menuju destinasi kami yang seterusnya -Bird Paradise Wildlife Park



Harga tiket RM15 -Dewasa dan RM10-Kanak-kanak (Mykad).




Sampai-sampai sahaja di pintu masuk, terdapat arnab, landak yang anda boleh beri makanan..






Anda jugak dibenarkan untuk memberi makanan kepada haiwan -haiwan di dalam tempat ini. Makanan untuk haiwan ini disediakan pada harga RM8.00 sepaket dan bermacam-macam jenis buah, bijian dan sayur disediakan dalam satu paket.


































Terdapat juga kedai yang menjual kristal dan kedai Free duty di pintu keluar tempat ini.Selepas menghabiskan masa lebih kurang sejam di sini, kami bergerak menuju destinasi seterusnya iaitu Telaga Ayer Hangat.