Selepas mengisi petrol di Padang Mat Sirat, kami memulakan pengembaraan kami di bumi Langkawi ini. Tempat pertama yang ditujui ialah Dataran Lang. Kata orang, kalau ke Langkawi mesti kena pergi ke sini.
Bagi orang yang tak pernah sampai ke sini, Dataran Lang terletak di Pekan Kuah dan ia bersebelahan dengan Jetty Point. Jetty Point adalah tempat kita boleh menaiki feri ke Kuala Kedah. Sekiranya anda menaiki feri, anda akan sampai dulu di sini.
Selepas puas mengambil gambar kenangan di Dataran Lang, kami menuju Jetty Point untuk makan tengahari. Malangnya, tiada kedai makan yang menyajikan masakan melayu di sini. Hanya terdapat restoran makanan segera KFC dan sebuah kedai mamak. Kami diberitahu terdapat food court di hadapan parking jetty point tetapi ia hanya dibuka pada waktu petang sahaja.
No comments:
Post a Comment