Thursday, November 14, 2013

LANGKAWI TRIP (08/11/13 - 10/11/13) -1ST DAY -PART 4

PART 4

Kami sampai di Oriental Village, Burau Bay pada pukul 11.15 pagi dan terus menuju ke booth tiket Duck tour. Harga tiket RM38 dewasa , RM22 utk kanak-kanak. Beroperasi dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang bergantung kepada keadaan cuaca. Lawatan ini akan mengambil masa lebih kurang 45 minit.












Duck tour merupakan tarikan terbaru di sini. "Duck" merupakan sebuah bot yang mempunyai roda yang besar yg boleh melalui apa sahaja permukaan bumi. Lawatan Ducktour bermula di Oriental Village dan ia akan menuju ke arah Telaga harbour. Jarak perjalanan lebih kurang 2km. Sesampai di kawasan Telaga Harbour, ia kemudiannya menjunam ke dalam air dan menyusuri marina dan anda dapat melihat bot-bot yg berlabuh di sini.






Pemandangan cantik di Telaga Harbour













Selepas kembali ke Oriental Village, kami melawat di persekitaran Oriental Village. Di sini, terdapat the Zone -kedai bebas cukai ,kedai-kedai menjual cenderamata , baju dan lain-lain.





Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti menunggang kuda ataupun menaiki kereta kabel. Kami tidak menaiki kereta kabel memandangkan cuaca agak mendung dan angin agak kuat.

Untuk informasi, Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. 

Harga Normal Tiket Kereta Kabel Langkawi :

Adult = RM30 (with Mykad = RM15)
Child = RM20 (with Mykad = RM10)



SKY CABSKY CAB
HAPPY HOURS
(5PM~7PM daily)
Public RateFor Malaysian
With MYKAD
AdultRM 30.00RM 15.00
Child (2 -12 yrs old)RM 20.00RM 10.00
Student
*Secondary -University
*Primary
RM 20 & 15RM 15 & 10




2 comments: