Sedikit sejarah Telaga Air Hangat
Telaga Air Hangat terletak di Perkampungan Air Hangat sejauh 16 km dari Pekan Kuah. Perkampungan Air Hangat ini meliputi kawasan seluas empat ekar. Antara tarikan di sini ialah pancutan air panas, kolam air panas, ukiran mural 18 m panjang, dan kraftangan tradisi. Tiada bayaran dikenakan untuk melawat tempat ini.
Pintu masuk ke Telaga Ayer Hangat |
credit to ajamazlan.blogspot.com |
credit to ajamazlan.blogspot.com |
Jom rendam kaki |
Beginilah pemandangan di sekitar Telaga Ayer Hangat ini.
Terdapat kemudahan tandas dan juga tempat persalinan disediakan. Sekiranya anda bersama keluarga, bolehlah menempah tempat mandi tertutup yang disediakan.
Semasa kami singgah di sini, spa ini masih ditutup.
Sedikit latar belakang Kompleks Kraf Langkawi
Kompleks Kraf Langkawi ialah One Stop Craft Centre yang telah ditubuhkan di Langkawi pada tahun 1996 untuk memudahkan para pelawat membeli kraf Malaysia.
Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.
CARA UNTUK KE KOMPLEKS KRAF LANGKAWI
Kompleks Kraf Langkawi terletak diTeluk Yu, Mukim Bohor, Langkawi. Dari tapak ketibaan, samaada di Kuah iaitu sejauh 21 km, atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejauh 24 km dari kompleks, anda boleh menyewa kereta atau teksi sambil menyelusuri perjalanan melalui kawasan perkampungan yang indah dan mendamaikan menuju ke destinasi.
KOMPLEKS KRAF LANGKAWI
Teluk Yu, Mukim Bohor,
07000, Pulau Langkawi, Kedah Darulaman,
Malaysia.
Tel : +604-959 1917 / 1844
Faks : +604-959 2340
Email : kklangkawi@gmail.com
Masa Urusan / Operation Hours
Dibuka Setiap Hari / Open Daily
10.00 am - 6.00 pm
Kami juga singgah di Faizy Crystal Glass Blowing studio yang terletak di belakang Kompleks Kraf Langkawi ini. Sekiranya anda suka pada barangan kaca buatan tangan yang indah, ini adalah tempat untuk pergi di Langkawi. Di Faizy Crystal Glass Blowing Studio, tukang peniup kaca mewujudkan pelbagai barangan kristal yang sangat menakjubkan . Walaupun seni meniuo kaca meningkat pada tahun 1990-an di Malaysia, studio ini di Langkawi telah ditubuhkan pada tahun 2002. Masuk adalah percuma dan ia dibuka dari 9.00 pagi sehingga 5pm. Studio ditutup pada hari Jumaat dan hari kelepasan am. Lunch break di antara 1ptg hingga 2 ptg. Anda boleh menaiki kereta dari Kompleks Kraf ke sini kerana jarak yang agak jauh.
Beginilah proses meniup kaca yang sempat kami lihat dan anda boleh menghulurkan sumbangan ikhlas di dalam balang kaca yang disediakan seperti di bawah.
Selepas melihat demonstrasi meniup kaca, kami masuk bergerak ke ruang kedai untuk melihat kristal yang telah siap dibentuk.
credit to ajamazlan.blogspot.com |
credit to ajamazlan.blogspot.com
Bersambung lagi...
|
No comments:
Post a Comment