Part 5
Selepas menghabiskan masa di Oriental Village, akhirnya sudah sampai waktu utk kami check in di hotel penginapan kami - Cenang Rest House Langkawi. Lokasi hotel ini di Pantai Cenang. Kami sudah membuat tempahan untuk 1 bilik famili -RM95 dan 1 bilik single-RM70. Check in bermula pada pukul 2.00 petang dan check out pula pada 12.00 tengahari.
Untuk tempahan, sila hubungi Kak Mas di 04-9559928. Anda perlu membayar deposit utk satu hari apabila membuat tempahan.
Bahagian depan hotel
Pada mulanya, kami mengambil 2 bilik tetapi disebabkan bilik famili agak besar, kami mengambil keputusan untuk mengambil hanya satu bilik. Di dalam bilik ini, terdapat 2 katil king size , 1 unit aircond dan 1 unit kipas dindang. Bilik air tidak mempunyai heater dan kita buleh mendapatkan jag memasak air daripada kaunter pendaftaran.
Bilik famili ini terletak di kawasan pantai cenang. Buka pintu terus nampak pantai.
Pertama kali datang ke Langkawi, kami telah menyewa bilik di AB Motel yang lokasinya sangat strategik dan bersebelahan dengan Cenang Mall. Keadaan bilik jugak lebih baik dan sewa hampir sama. Malangnya kami terlambat membuat tempahan dan semua bilik telah penuh. Pastikan anda menempah sekurang-kurangnya 2 bulan awal sekiranya anda ingin menginap di sini.
Untuk informasi, Pantai Cenang adalah lokasi tempat tinggal yang paling happening di Langkawi kerana berdekatan dengan tempat-tempat makan, pasar mini, underwater world dan banyak lagi. Anda juga boleh melihat matahari terbenam yang cantik di sini.
No comments:
Post a Comment