Wednesday, November 20, 2013

LANGKAWI TRIP (08/11/13 - 10/11/13) -1ST DAY PART 6

HARI PERTAMA - PART 6 

Selepas melepaskan lelah, perut pun terasa lapar. Berpandukan buku pelancongan yang diambil di Jetty Point, terdapat satu restoran bernama Restoran Aji di Pekan Rabu yang patut dicuba.






Malangnya, apabila kami sampai di restoran Aji, restoran itu ditutup untuk "private function". Agak frust jugak memandangkan kami memang bercadang untuk melihat matahari terbenam di sini. Salah seorang pekerja di situ mencadangkan kami mencuba makanan di restoran Z n J yang terletak berhadapan dengan restoran Aji.



Menurutnya, restoran ini kepunyaan adik kepada pemilik Restoran Aji. Memandangkan kami pun telah berada di kawasan ini, kami mengambil keputusan untuk mencuba makanan di Restoran ZnJ. Harga agak berpatutan dan rasanya agak sedap. Sayangnya, kami tidak dapat melihat matahari terpendam di sini.

Sebelum kami makan di Pekan Rabu, kami sempat singgah di Cuban Attitude. En Suami hendak melihat harga rokok dan tembakau di sini.





Selepas makan , kami mengunjungi Billion dan Langkawi Fair Trade Center tetapi tiada apa yang menarik di sini dan kami pulang ke tempat penginapan kami di Pantai Cenang.

Malam di Cenang bersambung di part 7...

No comments:

Post a Comment