Van itu menghantar kami ke tempat penginapan dan sesampainya di situ, kami terus membersihkan diri dan beristirehat untuk melepaskan lelah sebelum melawat tempat seterusnya di Underwater World.
Pada pukul 3.30 petang, kami memulakan perjalanan ke Underwater World yang terletak kira-kira 1 km daripada hotel kami. Yuran masuk -RM28 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak.
Tarikan utama di sini adalah penguin tetapi anda juga boleh melihat spesis-spesis ikan dan juga cicak.Di pintu masuk, anda boleh mengambil gambar kenangan pada harga RM25 .
Terdapat sebuah kafe di dalam tempat ini dan anda boleh menikmati minuman dan makanan ringan di sini.
Selepas mengisi perut dengan minuman dan makanan ringan, kami terus melangkah ke tempat pameran seterusnya. Di sini anda dapat melihat hidupan laut di dalam akuarium yang sangat besar dan mengambil gambar-gambar hidupan laut seperti ikan pari, ikan yu dan lain-lain.
Sebaik sahaja keluar dari Underwater World, anda boleh singgah di Kedai-kedai Duty Free yang terdapat di sini. Terdapat juga tarikan lain di sini seperti 6D Movie Theater.Malangnya masa tidak mengizinkan kami untuk berlengah-lengah di sini memandangkan perut kami sudah menyanyikan lagu keroncong.
Kami menuju ke Pekan Kuah untuk membeli coklat dan sedikit cenderahati untuk dibawa pulang esok. Tempat yang menjadi pilihan kami adalah di Haji Ismail Group(HG). Di sini anda boleh mendapat harga coklat yang terbaik. HG juga menjual pinggan mangkuk, beg, pakaian dan bermacam-macam lagi.
Kami menghabiskan masa kira-kira 2 jam untuk memilih coklat dan juga cenderahati yang lain. Perut semakin lapar dan tempat terakhir di dalam senarai kami ialah Restoran Haji Ramli di Pantai Cenang.
Servis agak lambat dan makanan pula agak sedap. Harga boleh tahan dan restoren ini berdekatan dengan tempat penginapan kami,Cenang Guest House.
Makanan yang kami pesan steamboat set -RM50, sotong goreng tepung,kangkung goreng, daging merah dan harganya lebih kurang RM90.00. Sungguh kenyang sekali dan kami terus pulang ke hotel selepas itu , bersedia untuk hari terakhir kami di Pulau Langkawi ini.
No comments:
Post a Comment