Wednesday, November 27, 2013

LANGKAWI TRIP (08/11/13 - 10/11/13) -2ND DAY - PART 3

HARI KEDUA PART 3

Destinasi kami seterusnya ,Pulau Singa Besar. Di sini kami dapat melihat burung helang diberi makanan. Pengalaman yang sungguh menarik di mana kami dapat melihat burung helang secara lebih dekat dan kebiasaannya bot hanya singgah lebih kurang 15 minit di sini.

credit to ajamazlan.blogspot.com

credit to ajamazlan.blogspot.com

credit to ajamazlan.blogspot.com




Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir di dalam pakej island hopping ini  - Pulau Bras Basah. Kedatangan kami disambut oleh monyet-monyet yang berkeliaran di sini. Airnya jernih sangat sesuai untuk mandi manda dan kami diberi masa selama satu jam di sini. 




credit to ajamazlan.blogspot.com
 

credit to ajamazlan.blogspot.com

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini. Malah,terdapat gerai-gerai yange menyewakan peralatan snorkeling, banana boat dan lain-lain di sini. Tidak lupa juga gerai yang menjual minuman dan makanan ringan.


credit to ajamazlan.blogspot.com
credit to ajamazlan.blogspot.com
 Malangnya, tiada tandas yang disediakan di sini.

credit to ajamazlan.blogspot.com
credit to ajamazlan.blogspot.com

credit to ajamazlan.blogspot.com


credit to ajamazlan.blogspot.com
 


 Selepas sejam di sini, sudah sampai masanya kami pulang ke jeti Teluk Baru.



Secara keseluruhan, sekiranya anda ke Langkawi, aktiviti Island Hopping adalah akriviti yang wajib anda lakukan kerana ia memberikan pengalaman yang sangat indah dan tak mungkin dapat dilupakan. Ia juga membuatkan anda lebih tenang di samping dapat menikmati keindahan alam.

Sesampainya kami di jeti, sudah ada van yang menunggu untuk membawa kami pulang dan kami meluangkan sedikit masa untuk berehat sebelum meneruskan pengembaraan kami di Pulau Langkawi.

Bersambung di part 4...

Monday, November 25, 2013

LANGKAWI TRIP (08/11/13 - 10/11/13) -2ND DAY - PART 2

Hari Kedua -Part2

Selepas melawat Pulau Dayang, kami meneruskan perjalanan ke Fish Garden di Pulau Batu Merah yang terletak di antara Pulau Dayang Bunting dan Pulau Bras Basah. Untuk info, Fish Garden bukanlah sebahagian daripada Island hopping pakej tetapi atas budi bicara pemandu pelancong kami yang cuba memenuhi permintaan pelancong seperti kami. Kami hanya perlu membayar yuran masuk RM15 untuk melawat tempat ini dan kami diberikan sepaket makanan ikan.

KAUNTER TIKET

PAKEJ YANG DITAWARKAN

PINTU MASUK
Banyak spesis ikan yang boleh dilihat di sini seperti ikan kerapu, Lion fish, ikan buntal dan bermacam-macam lagik. Anda juga boleh memegang gamat yg sangat terkenal dengan khasiatnya. Terdapat juga aktiviti memberi makan ikan semasa kami berada di sini.









 



GAMAT

SEJENIS IKAN BUNTAL
 


Pemandangan di sini sungguh cantik dan mendamaikan sekali. Air laut yg kebiruan.




Sementara menunggu lawatan kami selesai di sini, pemandu pelancong kami memancing dan berjaya mendapatkan seekor ikan baracuda yg beratnya kira-kira 5 kg.



 Inilah rupanya ikan baracuda yang berjaya ditangkap dan kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Singa Besar.

Bersambung lagik..

Friday, November 22, 2013

LANGKAWI TRIP (08/11/13 - 10/11/13) -2ND DAY - PART 1

HARI KEDUA -PART 1

Punyalah bersemangat nak pergi aktiviti Island Hopping hari nie. Pagi-pagi pukul 6.00 pagi dah bangun. Lepas semua orang dah bersiap , kami terus menuju ke satu restoran -Bella Restoran yang berhadapan dengan tempat penginapan kami untuk makan pagi. Harga amat berpatutan dan makanannya pun sedap.




Kami telah membuat tempahan untuk Island Hopping di kaunter reception Cenang Rest House semalam. Harga untuk Island Hopping - RM 30 dewasa dan RM20 kanak-kanak. Kami dinasihatkan untuk menunggu van di depan tempat penginapan kami 10 minit sebelum pukul 9 pagi. 



Sedikit info pasal Island Hopping. Island Hopping adalah perjalanan selama 4 jam dengan bot laju untuk melawat 3 pulau di Langkawi. Pulau-pulau itu adalah Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Bras Basah. Terdapat 2 sesi untuk island hopping iaitu pukul 9.00 pagi dan 2.00 petang. 

Tepat pukul 9.00 pagi, sebuah van datang mengambil kami dah membawa kami ke jeti di Teluk Baru. Beginilah suasana di jeti ini. Semua orang sedang menanti bot laju untuk memulakan perjalanan.



Inilah bot yang kami naiki bersama satu lagi keluarga. Pemandu bot sangat peramah dan kami memulakan perjalanan ke pulau yang pertama -Pulau Dayang Bunting.

Perjalanan kami bermula dengan baik sekali, malangnya sebelum sampai di Pulau Dayang Bunting, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya tetapi ini tidak menjejaskan semangat pengembaraan kami walaupun kami sudah basah kuyup sebelum sampai ke destinasi.

Inilah pemandangan yang dapat kami lihat di sepanjang perjalanan kami.



Perhatikan bentuk pulau ini seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.



Sedikit sejarah tentang Pulau Dayang Bunting. Lagenda mengatakan yang seorang puteri kayangan telah kematian anaknya dan dia mengambil keputusan untuk menyemadikan anaknya di sebuah tasik di pulau ini. Dikatakan sekiranya mandi di tasik ini bagi wanita yang sukar hamil, mereka akan berjaya untuk hamil.

Inilah jeti Pulau Dayang Bunting.




Anda perlu berjalan kira-kira 10 minit untuk sampai ke tasik Dayang Bunting. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti mandi-manda (terdapat kolam untuk kanak-kanak), berkayak,menaiki paddle boat dan juga urutan catfish. 

Masa yang diberikan adalah selama satu jam dan pada kami, masa ini agak pendek untuk menikmati keindahan dan melakukan aktiviti di sini. Gerai di sini juga menjual baju hujan sekiranya hujan lebat pada harga RM6.90 setiap satu.











Sungguh seronok sekali aktiviti yang kami lakukan di sini dan seterusnya kami akan melawat satu tempat tambahan iaitu Taman Ikan yang terletak berhampiran dengan pulau ini. Bersambung di part 2.